diet nak panjang umur

Posted by sazali

Salam

Kita semua tahu macam macam dah pasal pemakanan berkat sekolah, politeknik, university dan pembacaan.  KUrsus pra persaraan pun banyak juga membebel pasal ini.

Sewaktu saya di hospital USM dan USAIN
ramai sahabatku menasihatkan perkara berikut:

1)banyakkan makan buah buahan dan sayur sayuran.
Baik BOSS.

2)  jauhi dari makan banyak daging seperti lembu dan kambing.  Susah nak hadam benda alah itu. Pilih ikan ..sebagai gantinya.

That day makan ikan siakap 3 rasa - RM38 seekor.  Mahal kan?
tapi tak apa ..  murah lagi jika nak dibandingkan dengan pembedahan jantung ..berpuluh puluh ribu RM.

3)  minum susu dan makan oats + buah tamar (kasi blend)

He..he..he..

4) makan madu tualang , madu kelulut ..kuatkan jantungmu Prof.

Wow!

5) tidur awal .. lepas isya ..terus tidor.
6)  exercise jangan lupa .. gardening sikit sikit ..keluarkan peluh setiap pagi hari.

7)  mandi jangan tak mandi/  buat solat dhuha /  mintak dgn Allah .. bila engkau  sihat itu rezeki besarlah  untukmu.

8)  sedekah ...banyakkan sedikit.  Bila sedekah ..  Allah panjangkan umur mu shifoooo.
9)  jangan lupa keluar dakwah tabligh ..  biar mati dalam jalan fisabilillah.  Masyaallah!  4 bulan cash IPB.  Siapakan posport dan RM4000.  ASAP?
10 jangan makna daging kambing ..kolesterol tinggi. Bahaya ..jantung mu itu.
11) jangan bertikam lidah dgn isteri.  Bergaduh gaduh macam macam ..dia juga ynag jaga engkau.  Tak ingat  youuuuu!

Pendek kata ..

semua nasihat best best punya.

Tapi ..tahu tak ?

ramai oarng mati jugak.

Kenapa?

masa dah cukup.
rezeki mu di dunia ini sudah tamat.
tak ada lagi rezeki untuk mu esok , lusa, minggu hadapan dan seterusnya.  Baik kau pulang berjumpa Allah Yang Maha Esa.

Petua:  berbaik sangka dengan Allah.
Orang berbaik sangka dgn Allah .. maka Allah baik sangka padanya. 
Orang buruk sangka dengan Allah .. maka Allahtak nak jumpa dia dah.  Sudah engkau?

Sekian.
Jagalah diri mu itu.  Dulu sihat bukan?  SEkarang .. Allah nak uji kamu slow slow .. get ready dgn macam macam kemungkinan.  First mati dengan keadaan tiba tiba.  Kedua , kesihatan berubah secara positif dan  mendadak .. jangan leka abang dan kakak ..  tiba tiba .. kau tumbang tak disangka sangka.  Al Fatihah!

Wasallam. 

0 comments:

Post a Comment